Monday, November 20, 2006

SATU PERHITUNGAN : ISLAM - KRISTIAN (2)

(Sambongan 16/11/2006)
Islam tidak tidak percayakan dosa nabi Adam itu diwarisi. Dosa nabi Adam dan Siti Hawa hanya ditanggung oleh mereka berdua masing-masing. Nabi Adam dan Siti Hawa telah dihukum , dihantar kedunia ini..Al-Qur’an surah Al-Isra, 17: 15 bermaksud,
“……. Dan setiap orang yang berdosa (dengan dosanya) tidak pula dapat menanggung dosa orang lain dan kami tidak akan menimpakan azab sebelum kami mengutuskan rasul (kepada manusia)”. Ini pula agak bersamaan dengan Bible yang berikut dibawah ini.

Bible Jerimiah, 31:30 menegaskan “…..setiap orang akan mati kerana dosanya sendiri”. Manakala dalam Ezekiel, 18;20 juga menjelaskan,”Seorang anak tidak menanggung akibat daripada dosa bapanya. Demikian juga seseorang bapa tidak menanggung akibat daripada dosa anaknya. Seorang yang baik akan menerima ganjaran kerana kebaikannya, dan seorang yang jahat akan menanggung akibat daripada kejahatannya”.Matthew, 19:14, Jesus berkata kepada para pengikutnya, “ Biarkanlah kanak-kanak itu datang kepadku. Jangan larang mereka, kerana orang seperti inilah menikmati Perintah Allah”. Romans 2: 5-6, bermaksud, “Kamu degil dan keras kepala. Oleh itu, kamu sendiri yang menjadikan hukuman kamu semakin berat pada hari Kiamat apabila Allah menyatakan kemurkaanNya dan menjatuhkan hukuman yang ‘adil. Hal yang demikian itu adalah kerana Allah akan membalas setiap orang, setimpal dengan perbuatannya sendiri”
.
Persoalan ?

Ada dua persoalan pokok disini. Pertamanya percanggahan dalam Bilble itu sendiri. Keduanya Bible juga membenarkan seperti apa yang dalam Al-Qur’an. Percanggahan dalam Bible itu wujud dalam dua kumpulan yang bertentangan. Kumpulan Pertama yang membenarkan Dosa Warisan Old Testament: Genesis, 3:6 ; John, 3:16 dan Galatins, 1:4). Kumpulan Keduanya pula yang tidak percaya kepada Dosa Warisan, malah kumpulan ini mengatakan setiap manusia menanggung dosanya sendiri. Kumpulan ini dapat dirujuk kepada Galatins, 1:4); Ezekiel, 18;20; Matthew, 19:14 dan Romans 2: 5-6. Kumpulan kedua ini bersamaan dengan ajaran Islam iaitu dosa seseorang ditanggung oleh orang yang membuat dosa itu sendiri.

Kini ada di kalangan orang Kristian berpendapat yang dimaksudkan dengan “Original Sin” itu ialah kecenderongan untuk membuat dosa, dan bukannya kita warisi dari Adam? Ini adalah pendapat terbaru. Untuk ini, persoalan yang perlu ditimbulkan paling pentingnya di sini ialah apakah gunanya Jesus disalibkan hanya untuk menebus “kecenderongan membuat dosa? Sebab semua manusia ada hawa nafsu di mana iblis sering mengodainya. Malah penganut Kristian yang meyakini Dosa Warisan mereka telah tertebus pun masih tetap mempunyai “ kecenderongan membuat dosa”..... penulis.

Persoalan selanjutnya di sini, ialah siapkah yang sebenarnya menciptakan idea ini? Untuk ini fikir-fikirkanlah secara sendiri! (bersambong)

Thursday, November 16, 2006

SATU PERHITUNGAN : ISLAM - KRISTIAN (1)

Para padri Kristian mungkin ada motifnya tersendiri mengapa tidak menceritakan satu perkara yang paling penting iaitu Para nabi daripada Adam sehingga Isa adalah wajib dipercayai oleh umat Islam.

Bila mengulas tentang tajuk di atas, persoalan pokok yang perlu ditunjulkan iaitu 1 Dosa Warisan, 2 Penyaliban Jesus, 3. Penebusan Dosa 4. Triniti. Empat perkara ini saling berkaitan di antara satu sama lain secara singnifiken. Orang Kristian hari ini mempercayaai Jesus itu diSalib bagi menebus Dosa Warisan (Original Sin) yang merupakan Rukun Iman penting dalam agama Kristian.

1. Dosa Warisan

Para penganut Kristian bahawa nabi Adamlah yang menyebabkan terjadinya Dosa Warisan ini kerana memakan buah larangan Tuhan disebabkan diperdayaai oleh Iblis (Old Testament: Genesis, 3:6) bermaksud:
"Perempuan itu melihat pokok itu sangat cantik dan buahnya enak dimakan. Dia berfikir betapa eloknya jika dia menjadi bijaksana. Maka dia memetik buah itu dan memekannya serta ia jugamemberikan kepada suaminya memakan buah itu."

Oleh kerana nabi Adam dan isterinya memakan buah itu ia telah dihukumkan oleh Tuhan dengan menghantarnya ke dunia ini. Dosa nabi Adam yang memakan buah itu terus diwarisi oleh setiap keturunannya di dunia ini.. Penganut Kristian mempercayai Jesus dihantar ke dunia ini di mana Penyeliban Jesus adalah sebagai menebus Dosa Warisan ini.
John, 3:16 , bermaksud, "Allah sangat mengasihi manusia di dunia ini sehingga Dia memberikan AnakNya yang tunggal supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak akan binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal”
Galatins, 1:4), bermaksud, “ Untuk menyelamatkan kita daripada zaman yang jahat ini , Jesus Christ telah menyerahkan dirinya sebagai korban bagi dosa-dosa kita. Dia melakukannya bagi mentaati kehendak Allah bapa kita”

Malah seseorang bayi yang baru lahir juga terpaksa dengan sendirinya menerima Dosa itu. secara mewarisi dan untuk menghapusnya ini seseorang bayi/anak itu mengikut amalan Kristian hari ini diadakan upaca ‘Baptis’

Implikasinya di sini kiranya Adam dan Siti Hawa tidak memakan buah itu, nabi Adam dan isterinya itu tidak akan dihantarkan ke dunia ini dan tidak akan adalah Jesus untuk menebus Dosa ini. Apakah ini satu yang logik? Untuk ini anda sendirilah yang menjawabnya!
(bersambong)

Sunday, November 12, 2006

ISLAM = AGAMA LAIN ?(11)

Agama Hindu Meriwayatkan Nabi Muhammad SAW Akan Lahir Sebagai Pemimpin
(sambongan daripada 30 Okt. 2006)

Ada di kalangan penganut Hindu yakin bahawa Kalki ini adalah daripada keluarga Brahmin. Malah mengikut Dr. Ved Prakash[1] bahawa ada bukti yang menunjukkan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah dari kalangan Brahman. Professor dalam Vedas, Umeshchandra Vidyaratna pada introduksinya dalam Rig Veda Samshita, menjelaskan bahawa orang-orang Aryan datang dari India dan menetap di tanah Arab. Sri Thakur Anukulchandra dalam bukunya mengenai Islam (hal. 88) menegaskan Muhammad adalah dari kumpulan Aryan. Dibuktikannya pada nota kaki yang dipetik daripada New Popular Encyclopedia Vo. I, hal. 272 dan dari Islam and the World Prophet (Part 2, p. 272) menjelaskan keadaan fizikal Nabi Muhammad SAW adalah bentuk orang Aryan. Malah para khalifah iaitu Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali katanya adalah dari keturunan kumpulan orang Aryan.
Oleh itu, tegasnya Nabi Muhammad SAW itu adalah nabi keturunan kumpulan Aryan. Sudah tentu keturunannya itu adalah daripada ketua kumpulan yang dihormati menjaga Kaabah dari beberapa generasi lagi.[2]

i. Kalki di kuil Hindu
Kalki juga di kuil-kuil Hindu adalah merupakan pahlawan menunggang kuda putih. Kuda putih sebenarnya amat jarang didapati di dunia ini. Sudah tentu ia tidak ada di India. Ini membuktikan bahawa Kalki ini bukan orang India. Hanya di negara Arab, banyak di dapati kuda putih. Semasa Nabi Muhammad hampir dengan kewafatannya, baginda dikatakan mempunyai seekor kuda putih, sedikit senjata dan sebidang tanah. Tanah ini kemudiannya telah didermakan untuk kebajikan.

ii. Kalki memusnahkan patung
Dalam versi 2 dan 4 Kalki Purana (bahagian 3, Bab 16) ada menyatakan bahawa:
a. Apabila Kalki menjadi pemerintah, setiap orang akan suka kepadanya. Vedas, agama dan kebenaran terus hidup.
b. Patung-patung dimusnahkan, pemujaan dihentikan.
c. Amalan agama seperti Tanda Tilak (amalan Hindu tanda di dahi) juga tiada kelihatan lagi.
Jelas ketiga-tiga unsur ini sebenarnya adalah apa yang telah dibuat oleh Nabi Muhammad SAW dan memang sesuai dengan Islam. Daripada analisis di atas adalah terbukti di luar daripada keraguan yang munasabah bahawa Narashangsa yang disebut dalam kitab Vedas dan Kalki dalam Mahabrata yang usia beribu tahun itu adalah sebenarnya tidak lain lagi hanyalah yang dimaksudkannya itu ialah Nabi Muhammad
[1] Ibid., hal.137.
[2] Ibid, hal. 138.