Wednesday, September 20, 2006

SATU PERHITUNGAN: ISLAM = BUDDHA ? (1)

(Dari perspektif Islam)

Dalam konteks agama Buddha pula boleh dikatakan apa yang diajar oleh Buddha dalam aspek moral manusia, itu adalah hampir sama dengan apa yang diajarkan dalam agama Islam. Bagaimanapun, aspek ketuhanan, Buddha tidak mengiakan-Nya dan tidak pula menidakkan-Nya. Apakah ini faktor lain memainkan peranan, iaitu seperti ketiadaan catatan sahih mengenai ajarannya, lantaran jurang masa dan masalah bahasa asalnya iaitu Pali yang telah tiada lagi? Untuk ini, satu penyelidikan khas perlu dibuat untuk mendapat jawapannya secara lebih menyakinkan.

Buddha Dengan Konsep Ketuhanan

Persoalan yang timbul disini ialah bagaimana dengan masalah ketuhanan. bagi Buddha, soal ketuhanan nampaknya beliau berkecuali. Bila mati amalan yang baik itu akan menjelma pada jasad yang baik nanti, begitulah sebaliknya. (Ini unsur Hindu). Sesungguhnya pada zaman Gautama Buddha ini agama Hindu agak tebal di kalangan setempatnya. Jika Buddha mengajak mereka kepada Tuhan yang Satu, agak pasti ajaranya akan ditolak.

Bagaiamana pun Gautama tidaklah menolak tentang kewujudan Tuhan yang satu ini. Bilamana diminta oleh anak muridnya tentang kewujudan Tuhan, beliau tidak menjawab, tetapi berkata bermaksud,” Bukan tanggungjawab saya atau kamu untuk mengetahui tentang kewujudan Tuhan, tetapi tanggungjawab kita bersama ialah untuk menghapuskan penyeksaan dan kesengsaraan atau kesedihan di dunia ini.”(1) Lantaran ajaran Buddha ini tidak membincangkan soal ‘akidah, ilmuan psikologi dan agama keberatan untuk mengiktiraf ajaran Buddha ini adalah agama, tetapi ianya lebih bercorak falsafah di mana ianya amat menitikberatkan soal moral dan mengenepikan aspek harta.

Bagaimana pun ajarannya ini kemudiannya bercampur aduk dengan agama Hindu yang begitu lama bertapak di India. Hindu percayakan banyak Tuhan, dewa-dewa itu tuhan, pokok, malah ular pun jelmaan tuhan (tetapi kepercayaan Hindu sebenarnya mengakui ada satu Tuhan agung). Akhirnya ada pengikut Buddha ini membina patung Buddha dan ada pula yang menganggapnya sebagai tuhan (Prof. Dr. Ahmad Shalaby: 135). Lantas dengan ini pengikut ajaran Buddha kemudiannya menganggap sebagai agama.
------------------------------------------------------------------------------------------
[1] Dr. Zakir Naik, Buddhism and Prophet Muhammad (PBUM) In Buddhist Scripture, Terjemahan . Dr.Haydar Ali Tajuddin bin Pateh Mohamed, Madrasatul-Qur’an, Batu 6, Kedai Mulong, Jalan Kuala Krai, 16010 Kota Bharu, Kelantan darul Naim, 2006 , hal. 11.

5 Comments:

Blogger reflective pen said...

This comment has been removed by the author.

11:52 PM  
Blogger reflective pen said...

Saudara,dalam catatan kitab Buddha,dalam Patika Sutta,dicatatkan kepercayaan terhadap tuhan maha esa adalah satu daripada PEMAHAMAN SALAH {michaditthi]. ini linknya dlm B.Melayu http://www.samaggi-phala.or.id/dok/patika002.doc Maka,adalah satu kesalahan menyatakan terdapat kekaburan dlm konsep kepercayaan terhadap tuhan maha esa dalam ajaran Buddha

1:42 AM  
Blogger reflective pen said...

berkenaan harta dan tanggungjawab sosial, dari Sigala Sutta, sabdha Buddha :

"... Orang bijaksana dan cerdas bercahaya bagaikan api yang berkobar-kobar. Ia yang mengumpulkan kekayaannya dengan cara tidak memudaratkan(makhluk lain), bagaikan kumbang yang menjelajah mengumpulkan madu, kekayaannya akan menggunung bagaikan sarang semut yang semakin tinggi.

Dengan kekayaan yang diperoleh dengan cara demikian, seorang upasaka layak untuk suatu kehidupan berumah tangga. Ia membagikan kekayaannya atas empat bahagian. Dengan demikian ia akan mendapat persahabatan.

Satu bahagian untuk keperluannya sendiri (termasuk derma,pemberian kpd ibubapa)
Dua bahagian untuk menjalankan usahanya.
Bahagian keempat disimpan sebagai simpanan."

baca pesanan Buddha dlm Sigala Sutta utk gambaran yg selengkapnya.

1:55 AM  
Blogger tokyomewmew said...

tp..bkn ke kitab buddha tu wujud lamaa setelah matinya Buddha? mcm byk tpesongnyafakta2 dlm kitab tu..sperti Bible.

2:33 AM  
Blogger reflective pen said...

bagaimana terpesongnya lemmonmint? tidakkah engkau percaya kepada tradisi hafiz? Kebenaran kitab buddha terjamin dalam tradisi hafiz dan pengamalannya. Segala kitab yang ada adalah konsisten : tidak lari dari tema 4 kebenaran mulia, paticca samupada (12 sebab akibat), Nibbana.

8:13 PM  

Post a Comment

<< Home