Wednesday, September 20, 2006

SATU PERHITUNGAN: ISLAM = BUDDHA ? (2)

(Dari Perspektif Islam)

Nabi Muhammad SAW Dalam Kitab Buddha

Bagaimana pun ajaran Buddha ini kemudiannya bercampur aduk dengan agama Hindu yang begitu lama bertapak di India. Hindu percayakan banyak Tuhan, dewa-dewa itu tuhan, pokok, malah ular pun jelmaan tuhan (tetapi kepercayaan Hindu sebenarnya mengakui ada satu Tuhan Agung). Akhirnya ada pengikut Buddha ini membina patung Buddha dan ada pula yang menganggapnya sebagai tuhan.. Lantas dengan ini pengikut ajaran Buddha kemudiannya menganggap penyembahan itu sebagai peraturan biasa sebagai satu agama. Perbezaan ketaranya dengan agama Hindu ialah ajaran Buddha tidak wujud kasta, tetapi agama Hindu wujud kasta.Ajaran Buddha kian pupus di India, tetapi terus berkembang di luar India, khususnya di negara Thailand, Laos, China dan Jepun.

Buddha sebenarnya telah meramalkan bahawa akan datang wujudnya seorang “Maitreya “ (baik dan murah hati) selepasnya nanti.. Ramalan ini dapat diikuti sepertimana berikut: (Ibid. p. 12).

Dari segi nama ‘Maitreya”:

i. Dalam Chakkavantti Sinhnad Suttanta D. 111, 76, menyatakan yang bermaksud,” Akan lahir ke dunia ini seorang Buddha yang dikenali dengan nama “Maitreya”. Maitreya ini ialah seorang yang suci, seorang yang tertinggi dalam kuasa, yang dikurniakan dengan kebijaksanaan, yang bertuah dan yang mengenali alam ini dan apa yang Maitreya ini dapat daripada alam ghaib beliau akan sebarkan risalah ini ke seluruh alam. Maitreya ini akan dakwahkan agama beliau yang agong ini daripada awal hingga keakhir. Buddha berkata bahawa Maitreya ini akan memperkenalkan satu cara hidup yang sempurna dan suci sebagaimana aku (Buddha) memperkenalkan agama aku. Pengikut Maitreya ini lebih ramai daripada pengikut aku (Buddha)”.

ii. Dalam buku ‘Secred Books of the East, jilid 35, halaman 225 ada menyebut yang bermaksud,” Aku bukanlah satu-satunya Buddha sahaja. Selepas aku akan lahir seorang Buddha lagi yang dikenali dengan nama Maitreya. Dia akan memiliki banyak sifat-sifat yang mulia dan utama. Kalau anak murid aku beratus-ratus anak murid Maitreya tersebut beribu-ribu”

iii. Ramalan selanjutnya ialah tentang Maitreya dalam kitab Agama Buddha oleh Carus , halaman 217 dan 218 negara Ceylon(Sri Lanka) yang maksudnya,” Ananda (Anak murid Buddha) bertanya kepada Buddha,” Siapakah akan mengajar kita semua selepas kamu meninggal dunia?”
(bersambong)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home