Sunday, September 24, 2006

SATU PERHITUNGAN: ISLAM = BUDDHA ? (4)

Dari pandangan Islam)
(sambongan daripada 23/9/2006)
2. Dari segi skop pengajarannya.

Ajaran Buddha ini juga adalah untuk semua lapisan masyarakat. Mengikut buku Sacred Books of the East, jilid 11, halaman 36 Maha-Parinibbana Sutta, bab 2: 32 ada menyebut bahawa Buddha pernah berkata yang bermaksud,” Saya sudah menyampaikan keseluruhan agama saya yang benar kepada semua lapisan masyarakat. Wahai Ananda, (anak muridnya) seorang Tathagata tidak menyimpan sesuatu kebenaran tetapi dia akan sebarkan atau mengajar keseluruhan agama itu.”
Nabi Muhammad SAW juga diperintahkan oleh Allah untuk menyebarkan keseluruhan agama Islam kepada semua lapisan manusia di dunia ini, tanpa menyimpan sesuatu kebenaran Islam itu sendiri.Nabi Muhammad melarang keras kiranya ajaran Islam itu disembunyikan.Malah Al-Qur’an hari ini boleh dibaca oleh setiap mereka yang mahu membacanya.

3. Dari segi murid yang setia.

Mengikut Sacred Books of the East, jilid 11, halaman 36 Maha Parinibbana Sutta, bab 5: 36 pula ada menyebut yang bermaksud,” Di dalam satu syarahan Gautama Buddha memberi tahu kepada pengikut beliau, bahawasanya semua Buddha dahulu memiliki anak murid dan khadam yang amat setia kepada mereka. Anak murid yang amat setia kepadaku sekarang ialah Ananda. Seterusnya Buddha yang akan datang pun akan ada anak murid dan khadam yang amat setia kepada mereka”.
Perhitungan: Nabi Muhammad SAW juga memiliki seorang anak murid dan khadam yang amat setia iaitu Anas bin Malik (RA) yang diberikan oleh keluarganya kepada nabi Muhammad SAW semasa Anas berumur 8 tahun. Nabi Muhammad SAW amat mengasihi Anas dan menganggap Anas sebagai anaknya sendiri.Anas sering medampingi nabi Muhammad SAW sama ada semasa susah, senang mahu pun semasa peperangan dan juga semasa nabi Muhammad SAW wafat. Peristiwa ini adalah sebagai contohnya iaitu:
* Semasa peperangan Uhud (625 M) nabi Muhammad SAW hampir terbunuh, biar pun begitu Anas tetap bersama nabi Muhammad SAW. Umurnya masa itu Cuma 11 tahun sahaja.
* Semasa peperangan Hunain (630M) nabi Muhammad SAW telah dikepong oleh musuh yang terdiri daripada pemanah, tetapi Anas tetap bersama nabi Muhammad SAW.Anas di kala itu berumur 16 tahun.
Terbukti di sini ada satu persamaan iaitu wujudnya Anas dengan Ananda. Di kala Buddha diserang oleh seekor gajah gila , Ananda tetap bersama Buddha.
(Bersambong)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home