Tuesday, September 26, 2006

SATU PERHITUNGAN: ISLAM = BUDDHA ? (5)

(Dari Pandangan Islam)
(sambongan dari 24/9/2006).
4. Dari segi kretaria untuk mengenali Buddha.
Mengikut Kitab Agama Buddha, oleh Carus, halaman 214, tercatat kenyataan bahawa Buddha pernah berkata yang bermaksud ada enam kriteria untuk mengenali seseorang Buddha.
i. Seseorang Buddha akan mencapai peringkat kerohanian yang paling tinggi (Nirvana) pada waktu malam.
ii. Di kala dia mencapai ke peringkat Nivana ini rupanya akan menjadi amat cerah sekali.
iii. Seseorang Buddha itu akan mati dengan sebab yang biasa (natural death).
iv. Dia (seorang Buddha) itu akan meninggal dunia pada waktu malam.
v. Sebelum peninggalananya (seorang Buddha itu) rupanya menjadi amat cerah
vi. Selepas kewafatannya, seorang Buddha tidak akan wujud lagi di dunia ini.

Penelitian terhadap apa yang berlaku kepada nabi Muhammad SAW mengenai enam kreteria di atas itu nampaknya tepat sekali berlaku ke atas nabi Muhammad SAW. Ini terjelas dengan bukti-bukti berikut:
i. Nabi Muhammad SAW sebenarnya telah mencapai darjat yang paling tinggipada waktu malam iaitu bilamana baginda dilantik menjadi seorang Rasulullah. Al-Qur’an, surah Dukhan, 44:2-3 bermaksud,
” Demi Al-Qur’an! Kitab yang menerangkan kebenaran. (2). Sesungguhnya Kami telah menurunkanAl-Qur’an pada malam yang berkat*; Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami senantiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa ‘azab”(3).
ii. Semasa baginda di lantik menjadi seorang Rasul, baginda merasai dirinya dan kefahamannya dipenuhi dengan cahaya rohani.
iii. Nabi Muhammad juga wafat secara biasa (natural death).
iv. Siti ‘Aishah RA (isteri Baginda) ada meriwayatkan bahawa nabi Muhammad SAW meninggal dunia pada waktu malam. Pada malam itu lampu tiada minyak. Siti’Aishah terpaksa meminjam sedikit minyak untuk menyalakan lampu bagi menerangi di situ.
v. Mengikut Anas RA (Anak murid dan khadam setia kepada baginda) bahawa rupa baginda amat cerah sekali pada malam kematiannya itu.
vi. Selepas perkebumian nabi Muhammad SAW, jasadnya tiada lagi di dunia ini.
______________________________________________
* Yakni pada malam”Lailatul Qadar” , pada bulan Ramadhan dimana mulianya malam ini sama dengan seribu bulan yang lain.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home