Thursday, September 28, 2006

SATU PERHITUNGAN: ISLAM = BUDDHA ? (6)


(Dari Pandangan Islam)
(sambongan dari 27/9/2006).

5. Dari segi Dakwah.

Mengikut Dhammapada (Sacred Books of East, jilid 10 halaman 67’ ada mencatatkan yang bermaksud,” Semua Jathagatas (Buddha) adalah pendakwah atau memberi peringatan”. Ini juga bertepatan sekali dengan Al-Qur’an, surah AlGhaasyiyah, 88:21-22 yang bermaksud,” Oleh itu, berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada umat manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanya seorang rasul pemberi ingatan;(21). Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu )” (22).

6. Ramalan Gautama Buddha selanjutnya
Dalam Dhammapada, Mattaya Sutta, 151 ada menjelaskan yang bermaksud bahawa Maitreya yang ditunggu-tunggu itu akan memiliki sifat-sifat yang terpuji seperti berikut:

i. Perasaan belas kasihannya untuk semua makhluk
ii. Ianya (Maitreya) adalah seorang utusan keamanan dan pendamai
iii. Ianya paling berjaya di alam ini

Sebagai pendakwah moral ianya juga mempunyai kreteria berikut:

i. Senantiasa bercakap benar
ii. Mempunyai budi bahasa yang tinggi
iii. Bersifat lemah lembut dan berketurunan bangsawan
iv. Tidak angkuh atau sombong
v. Ianya juga sebagai raja atau pemimpin kepada makhluk.
vi. Ianya juga menjadi contoh ikutan (dalam amalan, perkataan atau percak bagi semua manusia.

Daripada bukti-bukti di atas agak sukarlah hendak menafikan bahawa telahan Gautama Buddha tentang nabi Muhammad akan lahir selepasnya itu sebenarnya telah menjadi kenyataan. Ini adalah bertepatan sekali ianya itu adalah nabi Muhammad SAW. Ini bermakna kemungkinan Gautama Buddha itu sebagai seorang nabi adalah besar yang agak susah juga hendak dinafikannya.

Lebih-lebih lagi perkataan Buddha itu sendiri bermakna “orang yang mendapat penerangan”. Ini dikenali selepas ia mendapat ilham tentang pengajarannya itu di bawah pokok Bodhi (kayu penerangan), setelah ia bertapa selama 49 hari.Sebelum dari itu ia dikenali dengan nama Sidharta Gautama.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home