Monday, January 22, 2007

SATU PERHITUNGAN : ISLAM-KRISTIAN (10)

KORBAN: Nabi Ismail atau Nabi Ishak?
(Sambongan 17/1/2007)

Penganut Kristian percaya bahawa Allah Yang Maha Pengasih telah mengutuskan anakNya yang tunggal (nabi Isa) ke dunia ini untuk menebus Dosa Warisan manusia. Ini didapati dalam Bible New Testament, John 3:16 yang bermaksud,” Allah sangat mengasihi orang di dunia ini, sehingga Dia memberikan AnakNya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada anak itu tidak akan binasa tetapi memperolehi hidup sejati dan kekal” Penganut Kristian juga bahawa kisah “Pengorbanan Ishak” oleh nabi Ibrahim adalah sebagai bayangan awal dari Allah bahawa Jesus akan datang dan akan disalib bagi menebus Dosa Warisan manusia. Ini kerana dalam Old Testament, Genesis 22:2, Tuhan berfirman yang bermaksud, “Ambillah ankmu yang tunggal itu , yang engkau kasihi, yakni Ishak, pergilah ke tanah Moria dan persembahkanlah dia di sana sebagai korban bakaran pada salah satu gunung yang akan Kukatakan kepadamu”
Anihnya dalam Genesis ini juga tetapi babnya yang berlainan iaitu dibab 16: 15-16, menyatakan” Kemudian Hagar (Hajar) melahirkan seorang anak lelaki, lalu Abraham (Ibrahim) bapa anak itu menamakandia Ismail. Pada masa itu Abraham berumur 86 tahun”
Untuk pengesahan, cuba bandingkan dalam Genesis ini juga pada bab 21:5 menyatakan “ Abraham berumur seratus tahun ketika Ishak dilahirkan”.
Bible Genesis sendiri di atas terbukti bercanggah tentang anak sulung itu. Bagi penganut Kristian mengatakan anak sulung nabi Ibrahim ialah Ishak, tetapi Al-Qur’an (Islam) mengatakan anak sulung nabi Ibrahim itu ialah Ismail yang hendak dikorbankan oleh nabi Ibrahim, bukannya Ishak.
Dalam konteks ini Bible Old Testament (Genesis) yang sama, cuma bab dan versi yang berbeza , telah membenarkan yang nabi Ismail itu anak sulung nabi Ibrahim.. Sila teliti tentang umur nabi Ibrahim ketika nabi Ismail dilahirkan.: Genesis , Bab 16: 15-16 menyatakan umur nabi Ibrahim ketika itu 86 tahun, manakala Genesis , 21:5 menyatakan umur nabi Ibrahim ketika Ishak dilahirkan itu umurnya 100 tahun. Ini bermakna nabi Ismail lebih tua umurnya dan lahirnya lebih dahulu daripada nabi Ishak. Ertinya ketika nabi Ishak dilahirkan itu umur nabi Ismail telah genap 14 tahun (100 tahun -86 tahun = 14 tahun). Oleh itu apa yang dimaksudkan oleh Bible Old Testament (Genesis, 22:2) tentang ank Tunggal/Sulung itu adalah nabi Ismail, sebab masa itu nabi Ishak belum lagi lahir.
Bermakna pegangan yanmg dipercayaai oleh penganut Kristian yang mengatakan nabi Ishak itu anak Tunggal nabi Ibrahim ketika itu sebenarnya telah tersilap, mungkin tersilap catat sebab kesilapan pencatat/periwayatnya, kerana yang benarnya ialah nabi Ismail.

---------------------------------------------------------------------
MENGAPA ANDA PERLU MEMBACA BUKU INI?

Buku Mengapa Kami Memeluk Islam? Implikasi Penemuannya Berpaksikan Suatu Penyelidikan Di Kalangan Mereka Yang Baru Memeluk Islam Di Malaysia, karya Dr. Nawi Jusoh mengupas secara saintifik faktor-faktor yang signifiken menyebabkan mereka yang seramai 375 orang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa secara sukarela memeluk Islam , menjadi Saudara Baru di Malaysia.

• Mengapa terutamanya golongan para professional, akan Terjawab melalui pembacaan buku ini.. Ianya ditulis dengan pendekatan psikologi berteraskan penyelidikan terkini dilengkapi dengan dalil daripada fakta-fakta semasa. Al-Qur’an,Bible, Rig.Veda dan kitab-kitab suci agama lainya. Jelas terbukti Nilai Islam terserlah mengatasi segalanya.

• Penulisnya pakar psikologi pendidikan (Tingkahlaku Manusia), berpengalaman -guru dan pensyarah, melebihi 30 tahun.
• Dimuatkan juga:
- Doktrin agama dan kepercayaan (Islam, Kristian, Judisme, Hindu, Buddha, Confucious dan Tao)
- Implikasi dan cadangan berikatan dengan penyelidikan ini.
• Disemak oleh pakar dalam Perbandingan Agama.
(Prof. Dr. Mohd. Yusoff Hussein, bekas Mufti Wilayah Persekutuan dan bekas Deputy Dean, Islamic Faculty,Universiti Kebangsaan Malaysia( UKM)

- Ada 342. Harga: RM 25.00 senaskah.

Anda membeli buku ini sebenarnya adalah secara menderma hasil jualan buku ini sebahagian daripadanya akan disumbangkan untuk perkembangan dakwah Islamiah KITA secara harmoni dan bersefahaman terhadap ALLAH YANG ESA.

BORANG PESANAN

Untuk menempah buku Mengapa Kami Memeluk Islam? anda hanya perlu melengkapkan borang di bawah ini dan pos, faks atau hantar sendiri kepada kami. Dijamin buku ini akan sampai kepada anda seperti mana yang anda kehendaki.

KEPADA:
DNJ Consultant Sdn. Bhd. No. 5, Jalan Wau A 11/A, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
No. Tel: 03-55101704, No. Faks: 03-55109498, e-mel: dnjsam@gmail.com

Bersama-sama dengan ini disertakan MO/PO/Cek berpalang berjumlah RM _________ atas nama DNJ Consultant Sdn. Bhd. A/N: 562106119229 sebagai bayaran tempahan buku ini iaitu:

_______ naskhah x RM 25.00/naskhah = RM __________
Kos pos Semenanjung Malaysia RM 2.00 x ______ naskhah = RM __________
Atau Kos pos Sabah & Sarawak RM 4.00 x ______ naskhah = RM __________
TOTAL = RM __________
Sila hantarkan tempahan saya ini kepada:

Nama (anda):
Alamat (anda)

No. Tel:
Tandatangan:

* Sila catatkan nama dan no. telefon anda di belakang cek berkenaan.
Borang ini juga boleh difotostat.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home