Monday, January 08, 2007

SATU PERHITUNGAN: ISLAM - KRISTIAN (7)

(Sambongan 2/1/2007)
iii. Tidak Rela diSalib (Matthew, 27:45-50),

Bermaksud, “ Pada tengah hari selama tiga jam, seluruh negeri itu menjadi gelap. Pada pukul tiga petang, Jesus berseru dengan suara lantang “Eli Eli lama sabaktani/” yang bermaksud ‘Allah Allah mengapa Engkau tinggalkan aku?”.Beberapa orang di situ mendengar suara Jesus lalu berkata “Dia memanggil Elia”. Seorang daripada mereka mengambil bunga karang, lalu mencelupkannya ke dalam wain murah.Kemudian bunga karang itu dicucukkannya pada sebatang kayu, lalu dihulurkan ke mulut Jesus, tetapi orang lain di situ berkata: “Tunggu, mari kita lihat kalau-kalau Elia datang menyelamatkan dia”.Kemudian Jesus berseru lagi dengan nyaring lalu menghembuskan nafasterakhirnya.”
iv. Tidak rela disalib (Mark, 15: 33-37),

Pada tengah hari, selama tiga jam, seluruh negeri itu menjadi gelap.Pada pukul 3 petang , Jesus berseru dengan lantang “ Eloi Eloi lamasabaktani?”yang bermaksud ‘Ya Allah Ya Allah mengapa engkau tinggalkan aku?”. Beberapa orang di situ mendengar suara itu lalu berkata “Dia memanggil Elia”. Lalu seorang daripada mereka mengambil bunga karangyang dicelupdengan wain murah, lalu mencucukannya pada sebatang kayu lalu dihulurkan ke mulut Jesus sambil berkata” Tunggu! Mari kita lihat kalau-kalau Elia datang menurunkan dia dari salib.” Lalu Jesus berteriak dan menghembuskan nafasnya yang terakhir.”

Jelas dalam Matthew, 27:45-50 dan Mark, 15: 33-37, Jesus tidak rela dirinya di salib. Ini bertentangan sekali dengan Luke, 23:46 yang menunjukkan Jesus rela di salib. Persoalannya di sini ialah pertamanya, mana satu di antara dua kategori ini yang betul? (Rela /tidak rela di salib?. Keduanya menggunakan perkataan Allah itu menunjukkan bukan Jesus yang ditiang salib, sebab kalau Jesus sudah tentu di serunya Bapa! Sebab Jesus lebih kerap guna "Bapa".

Bagaimana pun wujudnya persamaan di antara 4 Gospel tadi iaitu tentang
“Kematian Tuhan/Jesus”.Adakah anda percaya bahawa Tuhan telah mati? Persoalan ini perlukan penjelasan lanjut dari perspektif Kristian sendiri berasaskan Bible dan dari segi Islam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home