Tuesday, October 17, 2006

ISLAM = AGAMA LAIN (9)

Agama Hindu Meriwayatkan Nabi Muhammad SAW Akan Lahir Sebagai Pemimpin
(sambongan pada 16/10/2006)

c. 10 kalungan bunga

Dalam Atharvaveda juga menyebut 10 kalungan bunga akan diberikan kepada Narashangsa. Bunga ini melambangkan kesetiaan dan kasih sayang seseorang. Ini sebenarnya wujud dalam sejarah Nabi Muhammad SAW bahawa ada 10 sahabat karibnya yang amat setia dan kasih kepadanya serta mempertaruhkan nyawa dalam melindungi Nabi daripada sebarang ancaman. Mereka itu ialah sepertimana berikut:
1. Saidina Abu Bakar Al-Sidiq, Khalifah Pertama
2. Saidina Umar ibn Al-Khattab, Khalifah Kedua
3. Uthman ibn Affan, Khalifah Ketiga
4. Ali Abu Talib, Khalifah Keempat
5. Talha bin Abdullah, pahlawan Islam
6. Zubir bin ‘Awwam,
7. Abu Ishak bin Abu ‘Akkas
8. Said bin Zayd
9. Abdul Rahman bin Auf
10. Abu ‘Ubaidah bin Jarrah.

d. 100 keping emas

Dalam Atharvaveda juga ada menyatakan bahawa Narashangsa akan diberikan 100 keping emas. Kepingan emas ini melambangkan lelaki yang mempunyai sifat yang hebat. Mereka yang terlibat dengan pertahanan melibatkan agama dikaitkan dengan lambang kepingan emas. Sesungguhnya ini juga berlaku pada para sahabat yang mati syahid dalam peperangan mempertahankan Islam. Mereka seramai 100 orang dikuburkan di tempat yang khas dikenali dengan nama Ashbus Suffa.

2 Comments:

Blogger neomatrix said...

nak dakwah islam dgn islam ke? nak berniaga? apa2 hal pun dosa kita masing2 tanggung sendiri... Ada banyak lagi dalam kitab/hadis menerangkan tentang amalan yg dicampuradukkan...

ini pendapat saya semata-mata, mungkin salah...

Ini bukan pasal dosa/pahala... tetapi cara yg Dr. buat sudah membuatkan org berprasangka terhadap niat Dr.

Dimanakah Hikmahnya... kalau bukan pada perbuatan... Hati itu soal pada Tuhan tapi perbuatan yang jelas?

Saya cukup tertarik pada ulasan Dr. dalam majalah Al-Islam. Tetapi apakah tujuannya?

Terima kasih ...
Minta maaf jikalau tersinggung dengan kata2 saya...

8:13 AM  
Blogger Dr. Nawi said...

Tujuan saya cik/pn Aini hanya satu iaitu dakwah Islamiah (dakwah kepada orang bukan Islam Untu ini para pendakwah kita perlu tahu perbandingan agama. Itulah sebabnya saya mahu kongsi pengalaman demi untuk penyebaran agama Allah di muka bumi ini.
Terima kasih atas kpomen sdri itu. Saya tidk sedikit pun tersinggung. Malah kalau dapat sdri tolong komen lagi sama ada baik atau buruk, saya terima dengan hati terbuka.
Sekian....... Dr. Nawi Jusoh.

5:35 PM  

Post a Comment

<< Home