Tuesday, January 02, 2007

SATU PERHITUNGAN: ISLAM - KRISTIAN (6)

(Sambongan drp. 20/12/2006)
(Dari perspektif Islam)

2. Penyaliban Jesus:

Ada 4 Bible (Gospel / New Testament) yang penting dapat ditinjau dalam soal kisah penyaliban Jesus ini iaitu Matthew, Mark, Luke dan John.Semuanya berbeza antara satu sama lain. Sila teliti keempat-empat ini setiap satu yang membawa temanya secara tersendiri dengan dua makna yang bertentangan sepertimana berikut:

i. Rela di Salib secara menyerah (Luke, 23:46), Maksudnya,” lalu Jesus berseru dengan suara lantang: Ya Bapa, aku serahkan diriku ke dalam tanganMu”. Setelah berkata demikian dia pun meninggal”
ii. Rela disalib di samping pohon hapuskan Dahaga ( John, 19: 28-30), Maksudnya, “ Jesus tahu bahawa sekarang semuanya selesai dan supaya apa yang tertulis di dalam Al kitab berlaku, dia berkata: “Aku dahaga.” Di situ ada sebuah mangkuk yang penuh dengan Wain murah. Bunga karang dicelupkan ke dalam wain yang murah itu kemudian dicucukkan ke sebatang kayu dan dihulurkan ke mulut Jesus.Jesus mengecapnya lalu berkata :Telah selesai.” Setelah itu dia menundukkan kepalanya dan meninggal”.

Pada ayat i dan ii ini penganut Kristian mendakwa yang kasih sayang Jesus sehinggakan sanggup mati secara sukarela demi untuk menebus dosa manusia. Ada dua persoalannya yang perlu ditimbulkan disini pertamnya ialah apakah mungkin Tuhan Yang Maha Pengasih membunuh anakNya yang dikasihi untuk menebus Dosa Warisan dari nabi Adam kerana nabi Adam memakan sebiji buah larangan itu? Untuk ini agak sukar menerimainya.

Persoalan keduaanya dalam unggapan “ aku serahkan diriku ke dalam tanganMu”. Nampaknya disini Tuhan Bapa dan Tuhan Anak seperti yang didakwa dalam Kristian itu wujud dalam Satu telah berpisah menjadi Dua. Satu Tuhan yang mati ditiang salib dan satu lagi Tuhan yang hidup.(tidak mati). Tuhan Anak memohon pertolongan dari Tuhan Bapa.supaya menyelamatkannya. Apakah mungkin Tuhan memohon pertolongan Tuhan yang lain? Dalam konteks ini ianya agak sukar juga diterimai.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home