Sunday, November 12, 2006

ISLAM = AGAMA LAIN ?(11)

Agama Hindu Meriwayatkan Nabi Muhammad SAW Akan Lahir Sebagai Pemimpin
(sambongan daripada 30 Okt. 2006)

Ada di kalangan penganut Hindu yakin bahawa Kalki ini adalah daripada keluarga Brahmin. Malah mengikut Dr. Ved Prakash[1] bahawa ada bukti yang menunjukkan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah dari kalangan Brahman. Professor dalam Vedas, Umeshchandra Vidyaratna pada introduksinya dalam Rig Veda Samshita, menjelaskan bahawa orang-orang Aryan datang dari India dan menetap di tanah Arab. Sri Thakur Anukulchandra dalam bukunya mengenai Islam (hal. 88) menegaskan Muhammad adalah dari kumpulan Aryan. Dibuktikannya pada nota kaki yang dipetik daripada New Popular Encyclopedia Vo. I, hal. 272 dan dari Islam and the World Prophet (Part 2, p. 272) menjelaskan keadaan fizikal Nabi Muhammad SAW adalah bentuk orang Aryan. Malah para khalifah iaitu Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali katanya adalah dari keturunan kumpulan orang Aryan.
Oleh itu, tegasnya Nabi Muhammad SAW itu adalah nabi keturunan kumpulan Aryan. Sudah tentu keturunannya itu adalah daripada ketua kumpulan yang dihormati menjaga Kaabah dari beberapa generasi lagi.[2]

i. Kalki di kuil Hindu
Kalki juga di kuil-kuil Hindu adalah merupakan pahlawan menunggang kuda putih. Kuda putih sebenarnya amat jarang didapati di dunia ini. Sudah tentu ia tidak ada di India. Ini membuktikan bahawa Kalki ini bukan orang India. Hanya di negara Arab, banyak di dapati kuda putih. Semasa Nabi Muhammad hampir dengan kewafatannya, baginda dikatakan mempunyai seekor kuda putih, sedikit senjata dan sebidang tanah. Tanah ini kemudiannya telah didermakan untuk kebajikan.

ii. Kalki memusnahkan patung
Dalam versi 2 dan 4 Kalki Purana (bahagian 3, Bab 16) ada menyatakan bahawa:
a. Apabila Kalki menjadi pemerintah, setiap orang akan suka kepadanya. Vedas, agama dan kebenaran terus hidup.
b. Patung-patung dimusnahkan, pemujaan dihentikan.
c. Amalan agama seperti Tanda Tilak (amalan Hindu tanda di dahi) juga tiada kelihatan lagi.
Jelas ketiga-tiga unsur ini sebenarnya adalah apa yang telah dibuat oleh Nabi Muhammad SAW dan memang sesuai dengan Islam. Daripada analisis di atas adalah terbukti di luar daripada keraguan yang munasabah bahawa Narashangsa yang disebut dalam kitab Vedas dan Kalki dalam Mahabrata yang usia beribu tahun itu adalah sebenarnya tidak lain lagi hanyalah yang dimaksudkannya itu ialah Nabi Muhammad
[1] Ibid., hal.137.
[2] Ibid, hal. 138.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home