Tuesday, January 16, 2007

SATU PERHITUNGAN: ISLAM - KRISTIAN (8)

(Sambongan drp. 8.1.2007)

Ada juga Bible yang mengatakan Jesus sebenarnya tidak pernah mati.

Orang Kristian berpegang kepada Matthew 17:22-23 yang bermaksud, …. Jesus berkata kepada mereka: “Tidak lama lagi anak manusia akan diserahkan ke dalam kekuasaan manusia. Dia akan dibunuh, tetapi pada hari ketiga, Dia akan dibangkitkan semula.”
Luke 24:46 pula bermaksud, "……. Jesus berkata kepada mereka : “Sudah tertulis bahawa Penyelamat yang diutus oleh Allah mesti mengalami penderitaan dan mesti bangkit daripada kematian pada hari ketiga.”
1 Peter 3: 18 menyatakan bermaksud,” … Dia (Jesus) dibunuh dalam keadaan jasmani, tetapi dihidupkan semula dalam keadaan rohani."

Terbukti dalam Bible di atas bahawa nabi Isa mati dan akan dibangkitkan semula; tetapi Luke 24:39-40, menyatakan disebaliknya seperti maksudnya:
“ Lihatlah tanganku dan kakiku ini. Inilah aku! Peganglah aku, maka kamu akan tahu bahawa aku bukan hantu (roh) kerana hantu (roh) tidak mempunyai daging dan tulang, sedangkan aku masih mempunyainya” . Jesus mengatakan demikian sambil menunjukkan tangan dan kakinya kepada mereka.
Bahkan untuk membuktikan lagi kepada para pengikutnya yang ia (Jesus) itu hidup Jesus sendiri mengatakan seperti dalam Luke 24: 41-43 yang bermaksud, “ Mereka masih tidak percaya kerana terlalu gembira dan hairan. Jesus bertanya kepada mereka, “Adakah kamu mempunyai makanan di sini?” Mereka pun memberikan sepotong ikan yang sudah dimasak kepadanya. LaluJesus mengambil ikan itu dan makan di hadapan mereka”.

Terbukti disini bahawa Jesus sendiri mengatakan ia tidak mati. Dia juga bukan roh sebab roh tidak mempunyai daging dan tulang, sedang ia ada. Tidak cukup dengan bukti itu baginda meminta makanan dan bilamana diberikan ikan yang dimasak, ia (Jesus) makan. Persoalanya perlu ditimbulkan di sini apakah para sahabat kita dari kaum Kristian hendak percayakan apa yang Jesus sendiri tegaskan atau pun yakin dengan kenyataan Peter? Untuk ini sendiri-sendirilah anda menjawabnya!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home