Monday, January 22, 2007

SATU PERHITUNGAN : ISLAM-KRISTIAN (10)

KORBAN: Nabi Ismail atau Nabi Ishak?
(Sambongan 17/1/2007)

Penganut Kristian percaya bahawa Allah Yang Maha Pengasih telah mengutuskan anakNya yang tunggal (nabi Isa) ke dunia ini untuk menebus Dosa Warisan manusia. Ini didapati dalam Bible New Testament, John 3:16 yang bermaksud,” Allah sangat mengasihi orang di dunia ini, sehingga Dia memberikan AnakNya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada anak itu tidak akan binasa tetapi memperolehi hidup sejati dan kekal” Penganut Kristian juga bahawa kisah “Pengorbanan Ishak” oleh nabi Ibrahim adalah sebagai bayangan awal dari Allah bahawa Jesus akan datang dan akan disalib bagi menebus Dosa Warisan manusia. Ini kerana dalam Old Testament, Genesis 22:2, Tuhan berfirman yang bermaksud, “Ambillah ankmu yang tunggal itu , yang engkau kasihi, yakni Ishak, pergilah ke tanah Moria dan persembahkanlah dia di sana sebagai korban bakaran pada salah satu gunung yang akan Kukatakan kepadamu”
Anihnya dalam Genesis ini juga tetapi babnya yang berlainan iaitu dibab 16: 15-16, menyatakan” Kemudian Hagar (Hajar) melahirkan seorang anak lelaki, lalu Abraham (Ibrahim) bapa anak itu menamakandia Ismail. Pada masa itu Abraham berumur 86 tahun”
Untuk pengesahan, cuba bandingkan dalam Genesis ini juga pada bab 21:5 menyatakan “ Abraham berumur seratus tahun ketika Ishak dilahirkan”.
Bible Genesis sendiri di atas terbukti bercanggah tentang anak sulung itu. Bagi penganut Kristian mengatakan anak sulung nabi Ibrahim ialah Ishak, tetapi Al-Qur’an (Islam) mengatakan anak sulung nabi Ibrahim itu ialah Ismail yang hendak dikorbankan oleh nabi Ibrahim, bukannya Ishak.
Dalam konteks ini Bible Old Testament (Genesis) yang sama, cuma bab dan versi yang berbeza , telah membenarkan yang nabi Ismail itu anak sulung nabi Ibrahim.. Sila teliti tentang umur nabi Ibrahim ketika nabi Ismail dilahirkan.: Genesis , Bab 16: 15-16 menyatakan umur nabi Ibrahim ketika itu 86 tahun, manakala Genesis , 21:5 menyatakan umur nabi Ibrahim ketika Ishak dilahirkan itu umurnya 100 tahun. Ini bermakna nabi Ismail lebih tua umurnya dan lahirnya lebih dahulu daripada nabi Ishak. Ertinya ketika nabi Ishak dilahirkan itu umur nabi Ismail telah genap 14 tahun (100 tahun -86 tahun = 14 tahun). Oleh itu apa yang dimaksudkan oleh Bible Old Testament (Genesis, 22:2) tentang ank Tunggal/Sulung itu adalah nabi Ismail, sebab masa itu nabi Ishak belum lagi lahir.
Bermakna pegangan yanmg dipercayaai oleh penganut Kristian yang mengatakan nabi Ishak itu anak Tunggal nabi Ibrahim ketika itu sebenarnya telah tersilap, mungkin tersilap catat sebab kesilapan pencatat/periwayatnya, kerana yang benarnya ialah nabi Ismail.

---------------------------------------------------------------------
MENGAPA ANDA PERLU MEMBACA BUKU INI?

Buku Mengapa Kami Memeluk Islam? Implikasi Penemuannya Berpaksikan Suatu Penyelidikan Di Kalangan Mereka Yang Baru Memeluk Islam Di Malaysia, karya Dr. Nawi Jusoh mengupas secara saintifik faktor-faktor yang signifiken menyebabkan mereka yang seramai 375 orang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa secara sukarela memeluk Islam , menjadi Saudara Baru di Malaysia.

• Mengapa terutamanya golongan para professional, akan Terjawab melalui pembacaan buku ini.. Ianya ditulis dengan pendekatan psikologi berteraskan penyelidikan terkini dilengkapi dengan dalil daripada fakta-fakta semasa. Al-Qur’an,Bible, Rig.Veda dan kitab-kitab suci agama lainya. Jelas terbukti Nilai Islam terserlah mengatasi segalanya.

• Penulisnya pakar psikologi pendidikan (Tingkahlaku Manusia), berpengalaman -guru dan pensyarah, melebihi 30 tahun.
• Dimuatkan juga:
- Doktrin agama dan kepercayaan (Islam, Kristian, Judisme, Hindu, Buddha, Confucious dan Tao)
- Implikasi dan cadangan berikatan dengan penyelidikan ini.
• Disemak oleh pakar dalam Perbandingan Agama.
(Prof. Dr. Mohd. Yusoff Hussein, bekas Mufti Wilayah Persekutuan dan bekas Deputy Dean, Islamic Faculty,Universiti Kebangsaan Malaysia( UKM)

- Ada 342. Harga: RM 25.00 senaskah.

Anda membeli buku ini sebenarnya adalah secara menderma hasil jualan buku ini sebahagian daripadanya akan disumbangkan untuk perkembangan dakwah Islamiah KITA secara harmoni dan bersefahaman terhadap ALLAH YANG ESA.

BORANG PESANAN

Untuk menempah buku Mengapa Kami Memeluk Islam? anda hanya perlu melengkapkan borang di bawah ini dan pos, faks atau hantar sendiri kepada kami. Dijamin buku ini akan sampai kepada anda seperti mana yang anda kehendaki.

KEPADA:
DNJ Consultant Sdn. Bhd. No. 5, Jalan Wau A 11/A, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
No. Tel: 03-55101704, No. Faks: 03-55109498, e-mel: dnjsam@gmail.com

Bersama-sama dengan ini disertakan MO/PO/Cek berpalang berjumlah RM _________ atas nama DNJ Consultant Sdn. Bhd. A/N: 562106119229 sebagai bayaran tempahan buku ini iaitu:

_______ naskhah x RM 25.00/naskhah = RM __________
Kos pos Semenanjung Malaysia RM 2.00 x ______ naskhah = RM __________
Atau Kos pos Sabah & Sarawak RM 4.00 x ______ naskhah = RM __________
TOTAL = RM __________
Sila hantarkan tempahan saya ini kepada:

Nama (anda):
Alamat (anda)

No. Tel:
Tandatangan:

* Sila catatkan nama dan no. telefon anda di belakang cek berkenaan.
Borang ini juga boleh difotostat.

Labels:

Wednesday, January 17, 2007

SATU PERHITUNGAN: ISLAM - KRISTIAN (9)

Dalam soal ini apa pula yang di nyatakan oleh Allah dalam Al-Qur’an,?
(Sambongan drp.16/1/2007)

Kenyataan Bible di atas (Luke 24: 39-43 ) sebenarnya sama dengan apa yang ada dalam Al-Qur’an (Last Testament). Sebenarnya nabi Isa tidak mati. Percanggahan pendapat di kalangan apakah Jesus mati atau tidak ini dijelaskan dalam Al-Qur’an , surah Al-Baqarah , 2: 79 yang bermaksud,” maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis kitab (Taurat) dengan tangan mereka (lalu mengubah qalam Allah dengan rekaan –rekaan mereka) kemudian mereka berkata: “Ini ialah dari sisi Allah “, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka , dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu” Tegasanya disini Allah telah menjelaskan yang kitab Taurat itu telah diubah oleh tangan manusia. Apa yang diubahnya? Di sini Al-Qur’an Surah An-Nisa, 4: 157-158, bermaksud, “ Dan (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: “ sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih Isa Ibn Maryam , rasulullah” pada hal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayau palang – Salib ), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti nabi Isa). Dan sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai nabi Isa, sebenarnya mereka berada di dalam syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata, dan mereka pula tidak membunuhnya dengan yakin”
Ayat ini dapat ditafsirkan bahawa para pendita dan penulis Yahudi telah melakukan tiga kesalahan yang besar:
i. Meminda isi kitab Taurat dengan mengubah keterangan tentang sifat-sifat
nabi Muhammad yang tersebut di dalamnya
ii. Berdusta atas nama Allah dengan rekaan-rekaan yang mereka tulis itu
iii. Mengambil upah atas kerja-kerja jenayah yang dilakukan itu. Kerana itulah
Allah janjikan mereka dengan azab neraka. (nota kaki bagi Al-Qur’an 2:79).

Disebabkan perubahan inilah orang-orang Kristian setengahnya terus percaya nabi Isa mati di Salib, manakala sebahagian lagi mangatakan nabi Isan tidak mati. Biar pun begitu penjelasan Al-Qur’an di atas mudah-mudahan akan terjelaslah kepada sahabat kita orang Kristian bahawa sebenarnya nabi Isa itu tidak mati ditiang salib.
(Bersambong)

_________________________________________________________________


MENGAPA ANDA PERLU MEMBACA BUKU INI (Gambar di atas)?

….. Siri Perbandingan Agama.

Buku Mengapa Kami Memeluk Islam? Implikasi Penemuannya Berpaksikan Suatu Penyelidikan Di Kalangan Mereka Yang Baru Memeluk Islam Di Malaysia, karya Dr. Nawi Jusoh mengupas secara saintifik faktor-faktor yang signifiken menyebabkan mereka yang seramai 375 orang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa secara sukarela memeluk Islam , menjadi Saudara Baru di Malaysia.

• Mengapa terutamanya golongan para professional, akan Terjawab melalui pembacaan. Ianya ditulis dengan pendekatan psikologi berteraskan penyelidikan terkini dilengkapi dengan dalil daripada fakta-fakta semasa. Al-Qur’an,Bible, Rig.Veda dan kitab-kitab suci agama lainya. Jelas terbukti Nilai Islam terserlah mengatasi segalanya.
• Penulisnya pakar psikologi pendidikan (Tingkahlaku Manusia), berpengalaman -guru dan pensyarah, melebihi 30 tahun.
• Dimuatkan juga:
- Doktrin agama dan kepercayaan (Islam, Kristian, Judisme, Hindu, Buddha, Confucious dan Tao)
- Implikasi dan cadangan berikatan dengan penyelidikan ini.
• Disemak oleh pakar dalam Perbandingan Agama.
(Prof. Dr. Mohd. Yusoff Husein, deputy Dean, Islamic Faculty,Universiti Kebangsaan Malaysia( UKM)

Halaman: 342. Harga: RM 25.00 senaskah.
• Anda membeli buku ini sebenarnya adalah secara menderma. hasil jualan buku ini sebahagian daripadanya akan disumbangkan untuk perkembangan dakwah Islamiah KITA secara harmoni dan bersefahaman terhadap Islam, agama ALLAH YANG ESA.


• Hubungi segera DNJ CONSULTANT SDN BHD (DNJ)
Jalan Wau, A 11/A,
40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-55101704; Fax: 03-55109498
E-Mail, dnjsa@streamyx.com
E-Mail, dnjsam@gmail.com

BORANG PESANAN

Untuk memesan buku Mengapa Kami Memeluk Islam? anda hanya perlu melengkapkan borang di bawah ini dan pos, faks atau hantar sendiri kepada kami. Dijamin buku ini akan sampai kepada anda seperti mana yang anda kehendaki.

KEPADA:
DNJ Consultant Sdn. Bhd.
No. 5, Jalan Wau A 11/A,
40000 Shah Alam,
Selangor.
No. Tel: 03-55101704
No. Faks: 03-55109498
e-mail: dnjsa@streamyx.com
e-mail: dnjsam@gmail.com

Bersama-sama dengan ini disertakan MO/PO/Cek berpalang berjumlah RM _____________ atas nama DNJ Consultant Sdn. Bhd. sebagai bayaran tempahan buku ini iaitu:

_______ naskhah x RM 25.00/naskhah = RM __________
Kos pos Semenanjung Malaysia RM 2.00 x ______ naskhah = RM __________
Kos pos Sabah & Sarawak RM 4.00 x ______ naskhah = RM __________
TOTAL = RM __________
Untuk luar negara: USD 25 (termasuk harga pos).

Sila hantarkan tempahan ini kepada:

Nama:
Alamat:



No. Tel:

Tandatangan:


* Sila catatkan nama dan no. telefon anda di belakang cek berkenaan.
Borang ini juga boleh difotostat.

Labels:

Tuesday, January 16, 2007

SATU PERHITUNGAN: ISLAM - KRISTIAN (8)

(Sambongan drp. 8.1.2007)

Ada juga Bible yang mengatakan Jesus sebenarnya tidak pernah mati.

Orang Kristian berpegang kepada Matthew 17:22-23 yang bermaksud, …. Jesus berkata kepada mereka: “Tidak lama lagi anak manusia akan diserahkan ke dalam kekuasaan manusia. Dia akan dibunuh, tetapi pada hari ketiga, Dia akan dibangkitkan semula.”
Luke 24:46 pula bermaksud, "……. Jesus berkata kepada mereka : “Sudah tertulis bahawa Penyelamat yang diutus oleh Allah mesti mengalami penderitaan dan mesti bangkit daripada kematian pada hari ketiga.”
1 Peter 3: 18 menyatakan bermaksud,” … Dia (Jesus) dibunuh dalam keadaan jasmani, tetapi dihidupkan semula dalam keadaan rohani."

Terbukti dalam Bible di atas bahawa nabi Isa mati dan akan dibangkitkan semula; tetapi Luke 24:39-40, menyatakan disebaliknya seperti maksudnya:
“ Lihatlah tanganku dan kakiku ini. Inilah aku! Peganglah aku, maka kamu akan tahu bahawa aku bukan hantu (roh) kerana hantu (roh) tidak mempunyai daging dan tulang, sedangkan aku masih mempunyainya” . Jesus mengatakan demikian sambil menunjukkan tangan dan kakinya kepada mereka.
Bahkan untuk membuktikan lagi kepada para pengikutnya yang ia (Jesus) itu hidup Jesus sendiri mengatakan seperti dalam Luke 24: 41-43 yang bermaksud, “ Mereka masih tidak percaya kerana terlalu gembira dan hairan. Jesus bertanya kepada mereka, “Adakah kamu mempunyai makanan di sini?” Mereka pun memberikan sepotong ikan yang sudah dimasak kepadanya. LaluJesus mengambil ikan itu dan makan di hadapan mereka”.

Terbukti disini bahawa Jesus sendiri mengatakan ia tidak mati. Dia juga bukan roh sebab roh tidak mempunyai daging dan tulang, sedang ia ada. Tidak cukup dengan bukti itu baginda meminta makanan dan bilamana diberikan ikan yang dimasak, ia (Jesus) makan. Persoalanya perlu ditimbulkan di sini apakah para sahabat kita dari kaum Kristian hendak percayakan apa yang Jesus sendiri tegaskan atau pun yakin dengan kenyataan Peter? Untuk ini sendiri-sendirilah anda menjawabnya!

Monday, January 08, 2007

SATU PERHITUNGAN: ISLAM - KRISTIAN (7)

(Sambongan 2/1/2007)
iii. Tidak Rela diSalib (Matthew, 27:45-50),

Bermaksud, “ Pada tengah hari selama tiga jam, seluruh negeri itu menjadi gelap. Pada pukul tiga petang, Jesus berseru dengan suara lantang “Eli Eli lama sabaktani/” yang bermaksud ‘Allah Allah mengapa Engkau tinggalkan aku?”.Beberapa orang di situ mendengar suara Jesus lalu berkata “Dia memanggil Elia”. Seorang daripada mereka mengambil bunga karang, lalu mencelupkannya ke dalam wain murah.Kemudian bunga karang itu dicucukkannya pada sebatang kayu, lalu dihulurkan ke mulut Jesus, tetapi orang lain di situ berkata: “Tunggu, mari kita lihat kalau-kalau Elia datang menyelamatkan dia”.Kemudian Jesus berseru lagi dengan nyaring lalu menghembuskan nafasterakhirnya.”
iv. Tidak rela disalib (Mark, 15: 33-37),

Pada tengah hari, selama tiga jam, seluruh negeri itu menjadi gelap.Pada pukul 3 petang , Jesus berseru dengan lantang “ Eloi Eloi lamasabaktani?”yang bermaksud ‘Ya Allah Ya Allah mengapa engkau tinggalkan aku?”. Beberapa orang di situ mendengar suara itu lalu berkata “Dia memanggil Elia”. Lalu seorang daripada mereka mengambil bunga karangyang dicelupdengan wain murah, lalu mencucukannya pada sebatang kayu lalu dihulurkan ke mulut Jesus sambil berkata” Tunggu! Mari kita lihat kalau-kalau Elia datang menurunkan dia dari salib.” Lalu Jesus berteriak dan menghembuskan nafasnya yang terakhir.”

Jelas dalam Matthew, 27:45-50 dan Mark, 15: 33-37, Jesus tidak rela dirinya di salib. Ini bertentangan sekali dengan Luke, 23:46 yang menunjukkan Jesus rela di salib. Persoalannya di sini ialah pertamanya, mana satu di antara dua kategori ini yang betul? (Rela /tidak rela di salib?. Keduanya menggunakan perkataan Allah itu menunjukkan bukan Jesus yang ditiang salib, sebab kalau Jesus sudah tentu di serunya Bapa! Sebab Jesus lebih kerap guna "Bapa".

Bagaimana pun wujudnya persamaan di antara 4 Gospel tadi iaitu tentang
“Kematian Tuhan/Jesus”.Adakah anda percaya bahawa Tuhan telah mati? Persoalan ini perlukan penjelasan lanjut dari perspektif Kristian sendiri berasaskan Bible dan dari segi Islam.

Tuesday, January 02, 2007

SATU PERHITUNGAN: ISLAM - KRISTIAN (6)

(Sambongan drp. 20/12/2006)
(Dari perspektif Islam)

2. Penyaliban Jesus:

Ada 4 Bible (Gospel / New Testament) yang penting dapat ditinjau dalam soal kisah penyaliban Jesus ini iaitu Matthew, Mark, Luke dan John.Semuanya berbeza antara satu sama lain. Sila teliti keempat-empat ini setiap satu yang membawa temanya secara tersendiri dengan dua makna yang bertentangan sepertimana berikut:

i. Rela di Salib secara menyerah (Luke, 23:46), Maksudnya,” lalu Jesus berseru dengan suara lantang: Ya Bapa, aku serahkan diriku ke dalam tanganMu”. Setelah berkata demikian dia pun meninggal”
ii. Rela disalib di samping pohon hapuskan Dahaga ( John, 19: 28-30), Maksudnya, “ Jesus tahu bahawa sekarang semuanya selesai dan supaya apa yang tertulis di dalam Al kitab berlaku, dia berkata: “Aku dahaga.” Di situ ada sebuah mangkuk yang penuh dengan Wain murah. Bunga karang dicelupkan ke dalam wain yang murah itu kemudian dicucukkan ke sebatang kayu dan dihulurkan ke mulut Jesus.Jesus mengecapnya lalu berkata :Telah selesai.” Setelah itu dia menundukkan kepalanya dan meninggal”.

Pada ayat i dan ii ini penganut Kristian mendakwa yang kasih sayang Jesus sehinggakan sanggup mati secara sukarela demi untuk menebus dosa manusia. Ada dua persoalannya yang perlu ditimbulkan disini pertamnya ialah apakah mungkin Tuhan Yang Maha Pengasih membunuh anakNya yang dikasihi untuk menebus Dosa Warisan dari nabi Adam kerana nabi Adam memakan sebiji buah larangan itu? Untuk ini agak sukar menerimainya.

Persoalan keduaanya dalam unggapan “ aku serahkan diriku ke dalam tanganMu”. Nampaknya disini Tuhan Bapa dan Tuhan Anak seperti yang didakwa dalam Kristian itu wujud dalam Satu telah berpisah menjadi Dua. Satu Tuhan yang mati ditiang salib dan satu lagi Tuhan yang hidup.(tidak mati). Tuhan Anak memohon pertolongan dari Tuhan Bapa.supaya menyelamatkannya. Apakah mungkin Tuhan memohon pertolongan Tuhan yang lain? Dalam konteks ini ianya agak sukar juga diterimai.