Friday, February 09, 2007

SATU PERHITUNGAN: ISLAM - KRISTIAN (13)

Konsep ketuhanan yang suci yang dipegang oleh golongan Kristian yang awal telah diubah oleh Gereja Rom menjadi Dogma Tritunggal. Banyak falsafah ciptaan orang-orang Mesir kuno yang dipuja oleh Plato diterima menjadi kepercayaan agama Kristian. Falsasah Hindu juga mungkin meresap di sini iaitu ada tiga tuhan : Brahma, Visnu dan Shudra).Dalam konteks Triniti (Tritunggal) ini juga para penganut Kristian ramai yang tidak puas hati, mereka agak celaru Ideologi Triniti ini. Ini telah juga menjadi salah satu daripada faktor yang signifiken mengapa orang-orang Kristian memeluk Islam di Malaysia (Dr. Nawi Jusoh, Mengapa Kami Memeluk Islam, Kuala Lumpur, 2006 hal. 75.). Sebenarnya ini adalah usaha Paul yang telah mengeksploitasikan nama dan kedudukan Jesus itu sendiri secara menyamakan Jesus dengan Tuhan iaitu dikatakan Jesus itu Tuhan Anak, Tuhan dan juga Roh Suci: Tiga Dalam Satu (Dr. Roshan Enam, Follow Jesus or Follow Paul, Kuala Lumpur, 2001, hal.32 - 33). Paul telah menghuraikan Jesus dengan perkataan berikut:

“Kerana seluruh kepenuhan Allah berkenaan diam di dalam Dial.” (Surat Paul kepada Colossians 1: 19)
“Sebab dalam Dialah berdiam secara jasmaniah seluruh kepenuhan ke Allahan.” (Surat Paul kepada Colossians 2: 9)
“Jesus Christ yang walaupun dalam rupa Allah , tidak menganggap kesetaraan dengan Allah itu sebagai milik yang harus dipertahankan.” (Surat Paul kepada Philippians 2: 6)

Keraguan tentang Triniti ini seterusnya sepertimana di bawah ini:

i. Semasa Nabi Isa berjaya menyembuhkan orang sakit, kaumnya terkejut. Dan mereka memuliakan Allah SWT Israel. (Matthew, 15: 31). Dalam kitab Taurat, Tuhan Israel hanya Satu. Dengan ini, bagaimana pula dikatakan Triniti?
ii. Nabi Isa berkata, “Hukum yang terutama ialah dengarlah hai orang Israel, Tuhan Allah SWT kita, Tuhan itu Esa. (Mark, 12:29). Ini jelas bahawa tuhan itu tidak wujud konsep triniti.
iii. Salah seorang daripada ahli Taurat berkata kepada Isa, “Tepat sekali, Guru. Benar katamu itu bahawa Dia Esa dan bahawa tidak ada yang lain kecuali Dia.” (Mark 12: 32). Nabi Isa membenarkan katanya itu dengan berkata, “Engkau tidak jauh dari kerajaan Allah SWT.” (Mark, 12: 34).
iv. Maryam membaringkan anaknya, Isa di dalam bakul. (Luke 2:7). Mana logiknya Allah SWT menjadi Tiga Dalam Satu dan Satunya berada dalam bakul?
v. Nabi Isa berkata, “Bagaimanakah kamu boleh percaya kamu yang menerima hormat seorang daripada yang lain tetapi tidak mencari hormat yang datang dari Allah SWT yang Esa.” (John, 5: 54).
vi. Paul berkata, “Tetapi Allah SWT adalah Satu.” (Cotinthians (1) 16: 6). Paul tidak pula mengatakan Allah SWT itu Satu Dalam Tiga atau Tiga Dalam Satu.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home