Wednesday, December 20, 2006

SATU PERHITUNGAN : ISLAM - KRISTIAN (5)

(sambongan dri Dis. 18, 2006)

Dosa Warisan ini yang diubah oleh Paul dan para pengikutnya boleh diteliti pada Teks asal dan Teks yang diubah menjadi sepertimana berikut:

Teks Asal (1) ‘Ezekiel:18:20 “…… Anak tidak akan turut menanggung kesalahan ayahnya dan ayah tidak akan turut menanggung kesalahan anaknya…” (2) Mark 10:14, “ Ketika Jesus melihat hal itu, ia marah dan berkata kepada mereka:Biarlah anak-anak itu datang kepadaku, jangan menghalangi mereka sebab orang-orang yang seperti itulah yang empunya kerajaan Allah.”

Teks yang diubah menjadi (1) Roman 5:12, “Sebab itu sama seperti dosa telah masuk ke dalam dunia oleh satu orang , dan oleh dosa itu jaga, demikianlah maut itu telah menjalar kepada semua orang, kerana semua orang telah berbuat dosa” (2) Roman 5:19, “Jadi sama seperti oleh ketidaktaatan seorang semua orang telah menjadi orang berdosa , demikian pula oleh ketaatan seorang semua orang menjadi orang benar”(3) 1 Corinthians 15: 20-22,” Tetapi yang benar ialah bahawa Jesus telah dibangkatkan dari antara orang mati, sebagai yang sulung dari orang-orang yang telah meninggal”(20).”Sebab sama seperti maut datang kerana se orang manusia , demikian juga kebangkitan orang mati datang kerana seorang manusia”( 21)”Kerana sama seperti semua orang mati dalam persekutuan dengan Adam, demikian pula semua orang akan dihidupkan kembali dalam persekutuan dengan Jesus”.

Sehubungan dengan ini Paul juga menegaskan yang kematian Jesus ini adalah penebusan Dosa Manusia. Ini terbukti pada 1 Corinthians 15:3 , “ Sebab yang sangat penting telah ku sampaikan kepadamu, iaitu apa yang telah kuterima sendiri, ialah bahawa Jesus telah mati kerana dosa-dosa kita , sesuai dengan kitab Suci”. Soalnya kitab mana? Tidak Tidak dijelaskan. Setakat ini tiada pun kitab suci sebelum ini yang mengatakan Jesus itu mati kerana dosa-dosa orang lain atau kerana hendak menghapuskan dosa orang lain.
(bersambong)

Monday, December 18, 2006

SATU PERHITUNGAN : ISLAM - KRISTIAN (4)

(Sambongan pada Des.8,.2006)

Di samping wujudnya percanggahan idea Paul ini secara tersendiri, ianya juga bercanggah dengan apa yang keluar daripada mulut Jesus sendiri. Jesus sendiri tidak suka di salib. Ini dapat diteliti sepertimana dalam John, 7: 19,8.37, 8:44, dan 19:11.
John, 7: 19,bermaksud”Bukankah Musa memberi Taurat kepada kamu. Tetapi tidak seorang pun di antara kamu yang mentaati itu. Mengapa kamu mahu membunuh aku?”
Johan, 8: 37, bermaksud,”Aku tahu kamu keturunan Ibrahim, Namun kamu berusaha untuk membunuh aku, kerana kamu tidak mahu menerima ajaranku.”
John 8:44, bermaksud,”Bapa kamu Iblis dan kamu anak-anaknya. Kamu lebih suka menurut bapa kamu. Sejak permulaan, Iblis itu pembunuh….”
John, 19:11, bermaksud,” Jesus telah berdialog dengan Pilatus (Gabenor kerajaan Rom), dan berkata: ‘ Kamu tidak berkuasa ke atas aku, kecuali Allah memberikan kuasa itu kepadamu. Oleh itu, orang yang menyerahkan aku kepadamu, lebih besar dosanya dari dosamu.”

Terbukti di sini bahawa Jesus sendiri menolak doktrin Kristian tentang Penebusan Dosa Warisan ini. Contohnya Jesus tidak mahu dibunuh dan mengajak para pengikutnya lari bilamana melihat para pengkhianatnya datang. Soalnya kalau Jesus didatangi Allah untuk menebus Dosa manusia, sepertimana yang didakwa oleh Paul dalam Galatins, 1:4; mengapa ia mengajak para pengikutnya mengelakkan diri dengan pergi meninggalkan tempat itu? Sila rujuk Matthew 26:46, Mark, 14:22, bermaksud, “ bangunlah, mari kita pergi! Lihatlah, orang yang menkhianati aku sudah datang!”
Matthew 26:56 dan Mark 14:50 pula bermaksud,”….. kemudian semua pengikut Jesus lari meninggalkan Dia”.
Ketika Jesus ditangkap, para pengikutnya melarikan diri. Kecuali Judas, muridnya yang belok (?), datang bersama dengan mereka yang lengkap dengan senjata. sehinggakan Jesus bertanya,” Kawan mengapa engkau datang” , (Matthew, 26:46).
(Bersambong)

Friday, December 08, 2006

SATU PERHITUNGAN : ISLAM - KRISTIAN (3)

Selang tujuh tahun selepas ketiadaan baginda Nabi Isa SAW (Jesus) seorang ilmuan agama Yahudi bernama ‘Saul of Taurus” atau lebih dikenali sebagai Paul tiba-tiba mengaku dirinya sebagai pesuruh Tuhan lalu membuat perubahan sepertimana berikut.

Saul atau Paul, adalah dianggap ‘Rasul” oleh penganut Kristian. Bible New Testament, Galatians : 1:4 bermaksud,”Untuk menyelamatkan kita daripada zaman yang jahat ini, Jesus telah menyerahkan diriNya sebagai korban bagi dosa-dosa kita. Dia melakukannya bagi mentaati kehendak Allah bapa kita” . Kepada orang Yahudi pula Paul mengatakan seperti dalam Romans 11:28, bermaksud “ Kerana orang Yahudi tidak mahu menerima berita baik (Penyaliban Jesus untuk penghapusan dosa manusia) daripada Allah ini, maka mereka menjadi musuh Allah”.
Anihnya, tetapi benar Paul telah berkata sebaliknya pula tentang Dosa Warisan ini, khususnya berkaitan dengan Penebusan Dosa sebagaimana terbukti dalam 1 Thessalonians 2:15 yang bermaksud,” Orang Yahudi sudah membunuh Tuhan Jesus dan Nabi-Nabi serta menganiayai kami juga. Mereka memusuhi semua orang dan menyebabkan Allah sangat murka”. Begitulah juga dalam nada yang agak sama Paul berkata sepertimana terdapat dalam 1 Corinthians, 2:8 bermaksud,” Semua roh yang berkuasa dan yang memerintah dalam dunia ini, tidak tahu kebijaksanaan itu.Sekirainya roh-roh itu mengetahuinya, tentu roh-roh itu tidak akan menyalib Tuhan (Jesus) Yang Mulia”.
Logik yang sepatutnya dalam konteks ini, orang Yahudi yang membantu penghapusan Dosa ini dengan menyalib dan membunuh Jesus, perlu dihormati; sebab berasaskan kepercayaannya itu Pembunuhan/Penyaliban ini menyebabkan boleh menghapuskan semua Dosa yang membelenggui manusia selama ini. Seandainya Jesus tidak dibunuh/Disalibkan, maka selama-lamanyalah manusia ini bergelomang dengan Dosa Warisan itu dan kalaulah Jesus ini tidak dibunuh, sudahlah tentu agama Kristian yang dianutinya sekarang ini tidak akan wujud. (bersambong)