Thursday, September 28, 2006

SATU PERHITUNGAN: ISLAM = BUDDHA ? (6)


(Dari Pandangan Islam)
(sambongan dari 27/9/2006).

5. Dari segi Dakwah.

Mengikut Dhammapada (Sacred Books of East, jilid 10 halaman 67’ ada mencatatkan yang bermaksud,” Semua Jathagatas (Buddha) adalah pendakwah atau memberi peringatan”. Ini juga bertepatan sekali dengan Al-Qur’an, surah AlGhaasyiyah, 88:21-22 yang bermaksud,” Oleh itu, berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada umat manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanya seorang rasul pemberi ingatan;(21). Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu )” (22).

6. Ramalan Gautama Buddha selanjutnya
Dalam Dhammapada, Mattaya Sutta, 151 ada menjelaskan yang bermaksud bahawa Maitreya yang ditunggu-tunggu itu akan memiliki sifat-sifat yang terpuji seperti berikut:

i. Perasaan belas kasihannya untuk semua makhluk
ii. Ianya (Maitreya) adalah seorang utusan keamanan dan pendamai
iii. Ianya paling berjaya di alam ini

Sebagai pendakwah moral ianya juga mempunyai kreteria berikut:

i. Senantiasa bercakap benar
ii. Mempunyai budi bahasa yang tinggi
iii. Bersifat lemah lembut dan berketurunan bangsawan
iv. Tidak angkuh atau sombong
v. Ianya juga sebagai raja atau pemimpin kepada makhluk.
vi. Ianya juga menjadi contoh ikutan (dalam amalan, perkataan atau percak bagi semua manusia.

Daripada bukti-bukti di atas agak sukarlah hendak menafikan bahawa telahan Gautama Buddha tentang nabi Muhammad akan lahir selepasnya itu sebenarnya telah menjadi kenyataan. Ini adalah bertepatan sekali ianya itu adalah nabi Muhammad SAW. Ini bermakna kemungkinan Gautama Buddha itu sebagai seorang nabi adalah besar yang agak susah juga hendak dinafikannya.

Lebih-lebih lagi perkataan Buddha itu sendiri bermakna “orang yang mendapat penerangan”. Ini dikenali selepas ia mendapat ilham tentang pengajarannya itu di bawah pokok Bodhi (kayu penerangan), setelah ia bertapa selama 49 hari.Sebelum dari itu ia dikenali dengan nama Sidharta Gautama.

Tuesday, September 26, 2006

SATU PERHITUNGAN: ISLAM = BUDDHA ? (5)

(Dari Pandangan Islam)
(sambongan dari 24/9/2006).
4. Dari segi kretaria untuk mengenali Buddha.
Mengikut Kitab Agama Buddha, oleh Carus, halaman 214, tercatat kenyataan bahawa Buddha pernah berkata yang bermaksud ada enam kriteria untuk mengenali seseorang Buddha.
i. Seseorang Buddha akan mencapai peringkat kerohanian yang paling tinggi (Nirvana) pada waktu malam.
ii. Di kala dia mencapai ke peringkat Nivana ini rupanya akan menjadi amat cerah sekali.
iii. Seseorang Buddha itu akan mati dengan sebab yang biasa (natural death).
iv. Dia (seorang Buddha) itu akan meninggal dunia pada waktu malam.
v. Sebelum peninggalananya (seorang Buddha itu) rupanya menjadi amat cerah
vi. Selepas kewafatannya, seorang Buddha tidak akan wujud lagi di dunia ini.

Penelitian terhadap apa yang berlaku kepada nabi Muhammad SAW mengenai enam kreteria di atas itu nampaknya tepat sekali berlaku ke atas nabi Muhammad SAW. Ini terjelas dengan bukti-bukti berikut:
i. Nabi Muhammad SAW sebenarnya telah mencapai darjat yang paling tinggipada waktu malam iaitu bilamana baginda dilantik menjadi seorang Rasulullah. Al-Qur’an, surah Dukhan, 44:2-3 bermaksud,
” Demi Al-Qur’an! Kitab yang menerangkan kebenaran. (2). Sesungguhnya Kami telah menurunkanAl-Qur’an pada malam yang berkat*; Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami senantiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa ‘azab”(3).
ii. Semasa baginda di lantik menjadi seorang Rasul, baginda merasai dirinya dan kefahamannya dipenuhi dengan cahaya rohani.
iii. Nabi Muhammad juga wafat secara biasa (natural death).
iv. Siti ‘Aishah RA (isteri Baginda) ada meriwayatkan bahawa nabi Muhammad SAW meninggal dunia pada waktu malam. Pada malam itu lampu tiada minyak. Siti’Aishah terpaksa meminjam sedikit minyak untuk menyalakan lampu bagi menerangi di situ.
v. Mengikut Anas RA (Anak murid dan khadam setia kepada baginda) bahawa rupa baginda amat cerah sekali pada malam kematiannya itu.
vi. Selepas perkebumian nabi Muhammad SAW, jasadnya tiada lagi di dunia ini.
______________________________________________
* Yakni pada malam”Lailatul Qadar” , pada bulan Ramadhan dimana mulianya malam ini sama dengan seribu bulan yang lain.

Sunday, September 24, 2006

SATU PERHITUNGAN: ISLAM = BUDDHA ? (4)

Dari pandangan Islam)
(sambongan daripada 23/9/2006)
2. Dari segi skop pengajarannya.

Ajaran Buddha ini juga adalah untuk semua lapisan masyarakat. Mengikut buku Sacred Books of the East, jilid 11, halaman 36 Maha-Parinibbana Sutta, bab 2: 32 ada menyebut bahawa Buddha pernah berkata yang bermaksud,” Saya sudah menyampaikan keseluruhan agama saya yang benar kepada semua lapisan masyarakat. Wahai Ananda, (anak muridnya) seorang Tathagata tidak menyimpan sesuatu kebenaran tetapi dia akan sebarkan atau mengajar keseluruhan agama itu.”
Nabi Muhammad SAW juga diperintahkan oleh Allah untuk menyebarkan keseluruhan agama Islam kepada semua lapisan manusia di dunia ini, tanpa menyimpan sesuatu kebenaran Islam itu sendiri.Nabi Muhammad melarang keras kiranya ajaran Islam itu disembunyikan.Malah Al-Qur’an hari ini boleh dibaca oleh setiap mereka yang mahu membacanya.

3. Dari segi murid yang setia.

Mengikut Sacred Books of the East, jilid 11, halaman 36 Maha Parinibbana Sutta, bab 5: 36 pula ada menyebut yang bermaksud,” Di dalam satu syarahan Gautama Buddha memberi tahu kepada pengikut beliau, bahawasanya semua Buddha dahulu memiliki anak murid dan khadam yang amat setia kepada mereka. Anak murid yang amat setia kepadaku sekarang ialah Ananda. Seterusnya Buddha yang akan datang pun akan ada anak murid dan khadam yang amat setia kepada mereka”.
Perhitungan: Nabi Muhammad SAW juga memiliki seorang anak murid dan khadam yang amat setia iaitu Anas bin Malik (RA) yang diberikan oleh keluarganya kepada nabi Muhammad SAW semasa Anas berumur 8 tahun. Nabi Muhammad SAW amat mengasihi Anas dan menganggap Anas sebagai anaknya sendiri.Anas sering medampingi nabi Muhammad SAW sama ada semasa susah, senang mahu pun semasa peperangan dan juga semasa nabi Muhammad SAW wafat. Peristiwa ini adalah sebagai contohnya iaitu:
* Semasa peperangan Uhud (625 M) nabi Muhammad SAW hampir terbunuh, biar pun begitu Anas tetap bersama nabi Muhammad SAW. Umurnya masa itu Cuma 11 tahun sahaja.
* Semasa peperangan Hunain (630M) nabi Muhammad SAW telah dikepong oleh musuh yang terdiri daripada pemanah, tetapi Anas tetap bersama nabi Muhammad SAW.Anas di kala itu berumur 16 tahun.
Terbukti di sini ada satu persamaan iaitu wujudnya Anas dengan Ananda. Di kala Buddha diserang oleh seekor gajah gila , Ananda tetap bersama Buddha.
(Bersambong)

Saturday, September 23, 2006

SATU PERHITUNGAN: ISLAM = BUDDHA ? (3)

(Dari pandangan Islam)

Nabi Muhammad SAW Dalam Kitab Buddha
(Sambongan daripada 20/9/2006)

Ini dijawab oleh Gautama Buddha yang bermaksud, “Saya bukanlah Buddha yang pertama atau yang akhir yang didatangkan ke dunia ini. Selepas aku seorang Buddha lagi akan dihantar ke dunia ini. Dialah seorang yang kudus atau suci, yang mempunyai kesedaran yang tinggi, yang dikurniakan dengan kebijaksanaan, mempunyai akhlak yang baik, yang mengenali alam ini, pemimpin manusia yang bijaksana , yang dikasihi oleh malaikat dan makhluk lain. Dia akan mengajar kepada kamu semua satu agama atau kebenaran yang kekal abadi serta terpuji. Agama yang diajar oleh Buddha ini akan menjadi satu cara hidup yang sempurna dan suci. Kalau anak murid aku beratus-ratus tetapi anak murid Buddha ini ialah beribu-ribu”.

Ananda terus bertanya lagi dengan soalan yang bermaksud, " Bagaimana kami hendak mengenali Buddha ini?” Jawab Buddha, "Dia akan dikenali dengan gelaran Maitreya"

Persoalan yang perlu ditimbulkan disini apakah sebenarnya Maitreya itu? Untuk ini keterangan selanjutnya adalah berikut:
* Perkataan “Maitreya” dalam bahasa Sanskrit atau “Metteyya” dalam bahasa Pali, bererti yang memiliki sifat "kasih saying, belas kasihan" , baik atau pun "murah hati"". Ianya juga membawa makna seseorang yang "pemurah dan mesra". Perkataan ‘Arab yang membawa makna yang sama ialah ‘Rahmat”. Al-Qur’an, surah Al Anbiya, 21:107 bermaksud,” Dan tiadalah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi sekalian ‘alam”
* Nabi Muhammad SAW dipanggil dengan gelaran “dia yang bersifat kasih sayang” atau "rahmat". Ini bermakna bersamaanlah dengan makna perkataan ‘Maitreya” itu.
Sesungguhnya perkataan Belas Kasihan dan “Dia yang bersifat kasih saying itu disebut dalam Al-Qur’an tidak kurang daripada 409 kali.
Perkataan Muhammad dan ada juga dieja “Mahamet” atau “Mahomet” atau berbagai ejaan lain dalam pelbagai bahasa. “Maho” dalam bahasa Pali dan”Maha” dalam bahasa Sanskrit bererti "sangat baik" atau "sangat besar" atau "sangat mulia atau sangat mashur". Manakala ‘Metta’ pula bererti belas "kasihan". Jadi bila digabungkannya jadailah ia perkataan “Mahamet atau Mahomet bererti "Kasihan Yang Amat Besar".
(bersambong)

Wednesday, September 20, 2006

SATU PERHITUNGAN: ISLAM = BUDDHA ? (2)

(Dari Perspektif Islam)

Nabi Muhammad SAW Dalam Kitab Buddha

Bagaimana pun ajaran Buddha ini kemudiannya bercampur aduk dengan agama Hindu yang begitu lama bertapak di India. Hindu percayakan banyak Tuhan, dewa-dewa itu tuhan, pokok, malah ular pun jelmaan tuhan (tetapi kepercayaan Hindu sebenarnya mengakui ada satu Tuhan Agung). Akhirnya ada pengikut Buddha ini membina patung Buddha dan ada pula yang menganggapnya sebagai tuhan.. Lantas dengan ini pengikut ajaran Buddha kemudiannya menganggap penyembahan itu sebagai peraturan biasa sebagai satu agama. Perbezaan ketaranya dengan agama Hindu ialah ajaran Buddha tidak wujud kasta, tetapi agama Hindu wujud kasta.Ajaran Buddha kian pupus di India, tetapi terus berkembang di luar India, khususnya di negara Thailand, Laos, China dan Jepun.

Buddha sebenarnya telah meramalkan bahawa akan datang wujudnya seorang “Maitreya “ (baik dan murah hati) selepasnya nanti.. Ramalan ini dapat diikuti sepertimana berikut: (Ibid. p. 12).

Dari segi nama ‘Maitreya”:

i. Dalam Chakkavantti Sinhnad Suttanta D. 111, 76, menyatakan yang bermaksud,” Akan lahir ke dunia ini seorang Buddha yang dikenali dengan nama “Maitreya”. Maitreya ini ialah seorang yang suci, seorang yang tertinggi dalam kuasa, yang dikurniakan dengan kebijaksanaan, yang bertuah dan yang mengenali alam ini dan apa yang Maitreya ini dapat daripada alam ghaib beliau akan sebarkan risalah ini ke seluruh alam. Maitreya ini akan dakwahkan agama beliau yang agong ini daripada awal hingga keakhir. Buddha berkata bahawa Maitreya ini akan memperkenalkan satu cara hidup yang sempurna dan suci sebagaimana aku (Buddha) memperkenalkan agama aku. Pengikut Maitreya ini lebih ramai daripada pengikut aku (Buddha)”.

ii. Dalam buku ‘Secred Books of the East, jilid 35, halaman 225 ada menyebut yang bermaksud,” Aku bukanlah satu-satunya Buddha sahaja. Selepas aku akan lahir seorang Buddha lagi yang dikenali dengan nama Maitreya. Dia akan memiliki banyak sifat-sifat yang mulia dan utama. Kalau anak murid aku beratus-ratus anak murid Maitreya tersebut beribu-ribu”

iii. Ramalan selanjutnya ialah tentang Maitreya dalam kitab Agama Buddha oleh Carus , halaman 217 dan 218 negara Ceylon(Sri Lanka) yang maksudnya,” Ananda (Anak murid Buddha) bertanya kepada Buddha,” Siapakah akan mengajar kita semua selepas kamu meninggal dunia?”
(bersambong)

SATU PERHITUNGAN: ISLAM = BUDDHA ? (1)

(Dari perspektif Islam)

Dalam konteks agama Buddha pula boleh dikatakan apa yang diajar oleh Buddha dalam aspek moral manusia, itu adalah hampir sama dengan apa yang diajarkan dalam agama Islam. Bagaimanapun, aspek ketuhanan, Buddha tidak mengiakan-Nya dan tidak pula menidakkan-Nya. Apakah ini faktor lain memainkan peranan, iaitu seperti ketiadaan catatan sahih mengenai ajarannya, lantaran jurang masa dan masalah bahasa asalnya iaitu Pali yang telah tiada lagi? Untuk ini, satu penyelidikan khas perlu dibuat untuk mendapat jawapannya secara lebih menyakinkan.

Buddha Dengan Konsep Ketuhanan

Persoalan yang timbul disini ialah bagaimana dengan masalah ketuhanan. bagi Buddha, soal ketuhanan nampaknya beliau berkecuali. Bila mati amalan yang baik itu akan menjelma pada jasad yang baik nanti, begitulah sebaliknya. (Ini unsur Hindu). Sesungguhnya pada zaman Gautama Buddha ini agama Hindu agak tebal di kalangan setempatnya. Jika Buddha mengajak mereka kepada Tuhan yang Satu, agak pasti ajaranya akan ditolak.

Bagaiamana pun Gautama tidaklah menolak tentang kewujudan Tuhan yang satu ini. Bilamana diminta oleh anak muridnya tentang kewujudan Tuhan, beliau tidak menjawab, tetapi berkata bermaksud,” Bukan tanggungjawab saya atau kamu untuk mengetahui tentang kewujudan Tuhan, tetapi tanggungjawab kita bersama ialah untuk menghapuskan penyeksaan dan kesengsaraan atau kesedihan di dunia ini.”(1) Lantaran ajaran Buddha ini tidak membincangkan soal ‘akidah, ilmuan psikologi dan agama keberatan untuk mengiktiraf ajaran Buddha ini adalah agama, tetapi ianya lebih bercorak falsafah di mana ianya amat menitikberatkan soal moral dan mengenepikan aspek harta.

Bagaimana pun ajarannya ini kemudiannya bercampur aduk dengan agama Hindu yang begitu lama bertapak di India. Hindu percayakan banyak Tuhan, dewa-dewa itu tuhan, pokok, malah ular pun jelmaan tuhan (tetapi kepercayaan Hindu sebenarnya mengakui ada satu Tuhan agung). Akhirnya ada pengikut Buddha ini membina patung Buddha dan ada pula yang menganggapnya sebagai tuhan (Prof. Dr. Ahmad Shalaby: 135). Lantas dengan ini pengikut ajaran Buddha kemudiannya menganggap sebagai agama.
------------------------------------------------------------------------------------------
[1] Dr. Zakir Naik, Buddhism and Prophet Muhammad (PBUM) In Buddhist Scripture, Terjemahan . Dr.Haydar Ali Tajuddin bin Pateh Mohamed, Madrasatul-Qur’an, Batu 6, Kedai Mulong, Jalan Kuala Krai, 16010 Kota Bharu, Kelantan darul Naim, 2006 , hal. 11.